Meta Memegang 73% Pasaran Cermin Mata Pintar Pada H1 2025

TechnologyDigital
18 Aug 2025 • 9:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta dilaporkan akan melancarkan cermin mata pinta MR Hypernova mereka seawal bulan September ini. Ini adalah bagi memastikan momentum daripada jualan Ray-Ba Meta dan Oakley Meta HSTN akan dapat diteruskan. Menurut laporan Counterpoint Research, Meta pada memegang 73% pasaran cermin mata pintar global pada H1 2025.

image is not available

Pasaran cermin mata pinta juga berkembang pesat dengan pertumbuhan 110% berbanding H1 2024. Ia dipacu oleh jualan cermin mata pintar keluaran Meta, Huawei, Xiaomi, TCL-RayNeo, Kopin Solos dan Thunderobot. Pegangan Meta melonjak naik menyebabkan peratusan yang dipegang Huawei yang berada di tempat kedua menyusut sejak H1 2024.

image is not available

Sebuah lagi statistik menarik ialah pada H1 2024, cermin mata pintar dengan AI hanya menyumbang 46% jualan dengan ia melonjak ke 78% pada H1 2025. Era cermin mata pintar dengan AI sudah bermula dengan ia kemudian akan digantikan pula dengan cermin mata pintar MR dengan AI pula dalam bulan-bulan mendatang.

Pasaran terbesar cermin mata pintar ialah Amerika Syarikat diikuti oleh Eropah dan China. Mark Zuckerberg dan Tim Cool pernah meramalkan cermin mata pintar akan menggantikan telefon pintar. Adakah ramalan ini akan menjadi kenyataan lebih awal daripada tanggapan asal?

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved