Meta Menamatkan CrowdTangle – Aplikasi Yang Memudahkan Analisa Data Pada Platform Facebook Dan Instagram

TechnologyDigital
14 Aug 2024 • 10:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta hari ini akhirnya menamatkan akses kepada perkhidmatan CrowdTangle, iaitu salah satu aplikasi yang disediakan untuk menganalisa pelbagai data melibatkan perkongsian umum di Facebook dan juga Instagram. Berkuat-kuasa hari ini, perkhidmatan CrowdTangle ditamatkan, dan tidak lagi boleh diakses sesiapa.

Sebagai alternatif, untuk para pengkaji atau mereka dalam arena akademik, boleh merujuk kepada Meta Content Library yang dikatakan menawarkan ciri lebih kurang sama.

image is not available

Sebelum ini, melalui CrowdTangle ia telah membantu pelbagai pihak, termasuk para pengkaji, mereka dalam bidang akademik, mereka dalam bidang media dan sebagainya dalam melakukan analisa, perbandingan dan sebagainya melibatkan taburan kandungan di Facebook dan juga Instagram. Dengan ketiadaan akses ini, mungkin kita akan melihat ia lebih sukar untuk mendapatkan data yang tepat berkaitan taburan dan pelbagai data lain melibatkan platform Meta selepas ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved