Meta Menamatkan Sokongan NFT Pada Instagram Dan Facebook – Kurang Setahun Selepas Memperkenalkannya

TechnologyDigital
14 Mar 2023 • 6:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Meta, nama besar disebalik platform seperti Facebook dan Instagram kini mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan untuk koleksi digital atau NFT pada platform mereka.

Pengumuman ini hadir selepas kurang setahun ciri sokongan NFT diperkenalkan secara terhad di Instagram dan Facebook sebelum ini.

image is not available

Sebelum ini, pihak Meta telah menambah sokongan untuk koleksi digital pada platform mereka, termasuk pada awalnya berhasrat untuk orang menerbitkan ia terus melalui platform sosial Instagram dan Facebook.

Namun, kini dengan populariti NFT yang kurang hangat diperkatakan, pihak Meta menamatkan sokongan untuknya.

Apa pun, Meta turut menekankan mereka akan terus memfokuskan kepada produk-produk melibatkan metamesta dibawah mereka, selain produk kewangan digital, termasuk menyelarikan pelbagai perkara berkaitan permbayaran dibawah Meta Pay.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved