Meta Merancang Untuk Hadir Dengan Perkhidmatan Pembantu AI Berbayar

TechnologyDigital
26 May 2024 • 9:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta merupakan salah satu syarikat yang melakukan pelaburan tinggi dalam arena kecerdasan buatan, dan turut menawarkan model bahasa raya mereka dalam bentuk sumber terbuka. Meta sendiri turut telah mula mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan janaan pada Facebook, Instagram dan WhatsApp – dan menawarkan ia kepada pengguna di beberapa buah negara secara terhad.

Selain daripada itu, kini hadir laporan mengatakan Meta merancang untuk memperkenalkan caj bayaran tambahan untuk beberapa ciri kecerdasan buatan melalui produk mereka. Buat masa ini, ia masih diperingkat perancangan – dan tidak diketahui akan diperkenalkan awal atau menantikan Meta memperkenalkan Meta AI secara meluas seluruh dunia sebelum mengumumkannya.

Untuk makluman, sejumlah perkhidmatan kecerdasan buatan mengenakan caj perkhidmatan – dan tidak ketinggalan juga adalah Google, Microsoft, X dan lain-lain yang turut mengenakan bayaran tambahan untuk mengakses ciri AI pada platform masing-masing. Dengan langkah ini, ia mungkin mengurangkan sedikit kos operasi untuk menjalankan kecerdasan buatan yang selalunya memerlukan kuasa pemprosesan tinggi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved