Meta Mungkin Meneruskan Projek Jam Tangan Pintar Mereka

TechnologyDigital
1 Feb 2023 • 2:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anda mungkin tidak tahu yang syarikat di sebalik Facebook, Meta ada merancang untuk mengeluarkan jam tangan pintar – tetapi telah dibatalkan. Jam ini dikatakan akan mempunyai kamera dan sensor pergerakan untuk penggunaan metamesta (mungkin dengan Meta Quest), serta menyokong aplikasi Spotify, Instagram, WhatsApp dan mempunyai sokongan eSIM.

Kini, Kuba Wojciechowski yang terkenal dengan banyak maklumat tertiris produk berkaitan Android mendakwa Meta akan teruskan pembangunan jam tangan pintar mereka. Rekaan dikatakan masih lebih kurang sama dengan prototaip dari projek yang dibatalkan.

image is not available

Jam Meta ini akan menjalankan sistem operasi Android yang diubahsuai dan bukannya Wear OS, serta turut mungkin akan dijana dengan cip Qualcomm. Berdasarkan imej baharu yang tertiris, jam ini dilihat mempunyai kamera pada bezel skrin, sisi dengan dua butang fizikal, sensor imbasan nadi optikal dan pin pogo untuk pengecasan magnetik. Tubuh juga kelihatan sedikit rata.

image is not available

Tiada maklumat lain yang dikongsi, tetapi projek jam lepas yang digelar Milan sepatutnya dilancarkan pada tahun ini dengan harga anggaran $349 iaitu sekitar RM1,489. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai jam ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved