Meta Percaya Tidak Perlu Bayar Kepada Penerbit Berita Kerana Pautan Dikongsikan Sukarela Pada Platform Mereka

TechnologyDigital
22 Feb 2024 • 10:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baru-baru ini, kerajaan Indonesia telah mengumumkan sejumlah platform digital akan diperlukan membayar kepada penerbit kandungan berita, sekaligus menguntungkan kedua-dua pihak. Indonesia menyasarkan perundangan ini akan dikuat-kuasa dalam tempoh sekitar 6 bulan lagi.

Lanjutan daripadanya, kini Meta memberikan komen, menyatakan mereka percaya Meta tidak perlu membayar kepada kandungan berkenaan, oleh kerana berita atau kandungan berkenaan dikongsikan secara sukarela pada platform dibawah Meta.

image is not available

Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah pihak kerajaan Indonesia akan menguat-kuasakan perundangan baharu ini, dan apakah bentuk platform yang tertakluk dibawahnya. Sebelum ini, kerajaan Kanada pernah memaksa untuk perkara lebih kurang sama, tetapi pihak Meta mengambil langkah untuk tidak lagi memaparkan perkongsian berita dan menyembunyikannya terus dari Facebook – sekaligus memberikan impak dari segi trafik dan sebagainya kepada penerbit di negara tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved