Meta Perluaskan Ciri Teen Accounts Di Malaysia Dengan Kawalan Lebih Ketat Untuk Remaja

LocalTechnology
16 Apr 2026 • 12:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Instagram kini meluaskan ciri Teen Accounts di Malaysia yang berasaskan penarafan kandungan filem 13+.

image is not available

Dalam tetapan ini, semua remaja bawah 18 tahun akan secara automatik ditempatkan dalam kategori 13+ dan mereka tidak boleh menukar tetapan tersebut tanpa kebenaran ibu bapa. Kandungan dipaparkan pula akan setara dengan apa yang biasanya dilihat dalam filem berpenarafan 13+ dengan kawalan tambahan bagi memastikan paparan kandungan tidak sesuai dapat diminimumkan.

image is not available

Selain itu, antara ciri baharu yang diperkenalkan ialah Limited Content iaitu pilihan lebih ketat untuk ibu bapa yang mahukan kawalan tambahan. Melalui tetapan ini, sistem akan menapis lebih banyak kandungan dan pada masa sama menghadkan interaksi remaja seperti memberi komen, melihat atau menerima komen.

image is not available

Dari segi perlindungan kandungan, Instagram menyekat paparan bahan berunsur jelik, mengganggu serta jualan produk dewasa seperti alkohol dan tembakau. Ia juga turut menyekat penggunaan bahasa kasardan kandungan yang boleh mendorong tingkah laku berbahaya sekali gus memastikan pengalaman yang lebih selamat serta sesuai untuk remaja.

Dalam aspek kawalan akaun dan carian, remaja tidak dibenarkan mengikuti akaun yang kerap berkongsi kandungan tidak sesuai. Malah, akaun sebegini tidak akan muncul dalam carian atau menghantar mesej kepada remaja. Carian untuk istilah sensitif seperti ‘alkohol’ atau ‘gore’ juga akan disekat termasuk jika dieja salah.

image is not available

Seterusnya, dari segi pengalaman kandungan dan AI pula sebarang kandungan yang melanggar garis panduan tidak akan dipaparkan dalam Explore, Reels, Feed, Stories, komen atau mesej peribadi. Selain itu, AI Instagram turut dikemas kini supaya jawapan yang diberikan selaras dengan penarafan 13+ sekali gus memastikan pengalaman yang lebih selamat serta sesuai untuk remaja.

image is not available

Pelaksanaan ciri baharu ini mula diperluaskan di Malaysia dan sedang dilakukan secara berperingkat. Ia dijangka akan tersedia sepenuhnya dalam beberapa bulan akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved