Meta Umum Kerjasama 10-Tahun Untuk Pembangunan Kaca Mata Pintar Bersama Syarikat Sebalik Ray-Ban

TechnologyDigital
17 Sep 2024 • 8:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.


EssilorLuxottica hari ini mengumumkan mereka melanjutkan kerjasama dengan Meta, sekaligus telah memetarai perjanjian selama 10 tahun dalam meneruskan pembangunan kaca mata pintar bersama syarikat media sosial terkemuka berkenaan.

image is not available

Meta dan EssilorLuxottica sedia bekerjasama sebelum ini, dan telah hadir dengan kaca mata berhubung untuk Ray-Ban. Ia ditawarkan secara terhad sebelum ini, dan melalui kerjasama baharu ini, Meta dan syarikat pengeluar kaca mata berkenaan dijangka akan melanjutkan pembangunan untuk hadir dengan kaca mata pintar lebih maju. Kaca mata pintar Ray-Ban yang sedia ditawarkan membolehkan pengguna merakamkan gambar, membuat panggilan video dan juga mendengar kepada muzik melaluinya, selain Meta turut sedang menguji integrasi kecerdasan buatan melalui kaca mata pintar Ray-Ban sedia ada.

Pihak EssilorLuxottica sendiri mengatakan mereka kini hanya pada fasa awal sahaja, dan terdapat lebih banyak pembangunan dalam arena ini. 

Sebelum ini turut hadir desas-desus mengatakan Meta akan membeli pegangan sekitar 5% pada EssilorLuxottica, namun tiada berita lanjut berkenaan dengannya sehingga ke hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved