Meta Verified Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM41.99 Sebulan Melalui Aplikasi 

TechnologyDigital
21 Jul 2023 • 11:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta sebelum ini sedia mengumumkan penawaran Meta Verified, yang akan menambah sebuah tanda calit biru bersebelahan dengan nama, sekaligus menyakinkan lagi para pengguna dalam berinteraksi. Kini, ciri berkenaan telah mula diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna tempatan – mungkin dalam fasa ujian.

Disamping tanda calit biru, Meta juga turut menjanjikan perlindungan tambahan daripada akaun palsu, disamping turut akan menerima sejumlah pelekat eksklusif untuk digunakan pada Instagram Stories dan Reels. Sokongan bantuan langsung juga disediakan kepada pelanggan Meta Verified sekiranya menghadapi sebarang masalah melibatkan akaun.

image is not available

image is not available

Untuk melakukan langganan, selain pembayaran RM41.99 sebulan, pengguna juga turut perlu menyediakan kad identiti kerajaan (MyKad) untuk diimbas bagi tujuan pengesahan.

Daripada ujian kami sendiri, langganan Meta Verified menawarkan tanda calit biru terus pada Instagram dan juga Threads. Buat masa ini, sokongan untuk Facebook tidak tersedia dan mungkin diperluaskan apabila ia ditawarkan meluas kelak. Meta menyatakan pengguna perlu melanggan Meta Verified berbeza untuk Facebook dan Instagram.

Di Malaysia, Meta Verified kini telah ditawarkan kepada beberapa pengguna pada harga langganan RM41.99 sebulan melalui aplikasi Instagram di Android atau iOS. Harga langganan melalui web masih tidak diketahui lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved