Meterai MoU, Malaysia perkukuh kerjasama pertahanan menyeluruh dengan Turkiye

LocalPolitics
12 Jun 2024 • 7:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Malaysia perkukuh kerjasama pertahanan menyeluruh dengan Turkiye dan seterusnya memberi ruang meningkatkan aspek keteraan antara kedua-dua negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kata sepakat itu dicapai ketika pertemuan bersama Menteri Pertahanan Turkiye, Yaşar Güler ketika kunjungan hormat ke Kementerian Pertahanan Nasional Turkiye (MoND) di Ankara semalam.

image is not available

Malaysia perkukuh kerjasama pertahanan

Dalam pertemuan itu, kedua-dua Menteri Pertahanan juga telah mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi dalam bidang pertahanan.

image is not available

Semasa mesyuarat tersebut, kedua-dua negara telah bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama pertahanan dua hala ke peringkat lebih tinggi dalam pelbagai bidang, khususnya ketenteraan, pembangunan, kapasiti, pertukaran maklumat serta sains, teknologi dan industri pertahanan.

“Selain bertukar-tukar pandangan mengenai situasi geopolitik antarabangsa khususnya konflik di Asia Barat termasuk Israel-Palestine,”menurut kenyataan media, hari ini.

image is not available

Sepanjang lawatan, beliau juga mengadakan lawatan ke beberapa syarikat industri pertahanan negara berkenaan seperti Turkish Aerospace Industries (TUSAŞ), ASELSAN, Makine ve Kimya Endüstrisi (MKE) dan mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi STM.

Lawatan berkenaan adalah penting untuk Malaysia dalam menanda aras kemajuan industri pertahanan, sekali gus menjadi maklumat penting buat negara dalam memformulasikan strategi pembangunan industri pertahanan tempatan.

Ia sekali gus dapat menjayakan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

image is not available

MoU rancakkan kerjasama

Semasa lawatan di Republik Turkiye, beliau juga telah menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) berhubung Perolehan Produk Pertahanan secara Kerajaan-kepada Kerajaan (G2G).

Seterusnya, ia diikuti dengan penyerahan Letter of Acceptance bagi perolehan Littoral Mission Ship Batch (LMSB2) kepada avunma Teknolojieri Muhendiskil (STM) iaitu syarikat pembinaan kapal Turkiye berteknologi tinggi.

“Pemeterai MoU G2G ini akan merancakkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang industri pertahanan yang berperanan sebagai instrumen untuk memudah cara proses perolehan aset ketenteraan dengan Republik Turkiye dan meminimumkan risiko ketirisan yang menyumbang kepada kos perolehan yang tinggi,”katanya.

image is not available

Beliau dan delegasi juga telah melihat sendiri kemajuan perolehan 3 unit Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE UAS) berserta kelengkapan sokongan di mana kontrak perolehan antara Kementerian Pertahanan dan TUSAŞ ditandatangani pada tahun 2023.

Lawatan rasmi ini adalah penting seperti yang digariskan oleh Kertas Putih Pertahanan yang menekankan kepentingan hubungan pertahanan antarabangsa dalam memastikan keselamatan negara, kestabilan serantau dan keamanan sejagat.