MetMalaysia Beri Amaran Cuaca Teruk Sehingga Hujung Mac, Risiko Gelombang Haba!

LocalEnvironment
18 Feb 2025 • 12:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Malaysia cuaca panas metmalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran bahawa cuaca di Malaysia bakal menjadi lebih panas dan kering susulan fasa terakhir Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada hujung Mac.

Suhu dijangka melebihi 35°C!

image is not available

Menurut laporan Buletin TV3, beberapa negeri seperti Kelantan, Perak, dan Pahang dijangka mengalami kurang litupan awan dan hujan dan perkara ini dikatakan sendiri Pengarah MetMalaysia, Mohd Hisham Mohd Arip.

Ketiadaan hujan dalam tempoh panjang boleh menyebabkan suhu meningkat melebihi 35°C pada waktu siang. Bacaan tertinggi setakat ini dicatat di FELDA Teloi Kanan, Baling, Kedah dengan suhu 36.1°C pada 11 Februari lepas.

Risiko gelombang haba dan jerebu

image is not available

Fenomena panas ini bukan sesuatu yang baru, kerana ia berlaku setiap tahun dari Februari hingga Mei. Namun, tahun ini dijangka tidak seteruk 2024.

MetMalaysia juga tidak menolak kemungkinan Malaysia akan mengalami gelombang haba dan jerebu dalam tempoh tersebut.

Kami menyarankan orang ramai mengehadkan aktiviti luar dan sentiasa peka terhadap keadaan cuaca bagi mengelakkan risiko kesihatan akibat cuaca panas.

#ApaKataOhmedia

Cuaca panas boleh memberi kesan kepada kesihatan dan keselamatan. Pastikan minum air secukupnya, elakkan pendedahan terlalu lama di bawah matahari, dan kurangkan aktiviti luar jika suhu semakin tinggi!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Buletin TV3


The post

appeared first on

.