
Negara dijangka akan menerima tiupan angin lemah pelbagai hala.
MetMalaysia Beri Amaran Ribut Petir, Sabah Sarawak Antara Negeri Bakal Kena Tempias. Dilaporkan Negara dijangka menerima tiupan angin lemah dan pelbagai hala bermula pada tarikh 27 Ogos hingga 30 Ogos ini yang berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir terutama pada sebelah petang sehingga malam.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini, antara kawasan terlibat adalah negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, Sarawak (tengah dan utara), barat Sabah serta Labuan.

Fenomena dikesan berdasarkan analisis MET-WRF
Kenyataan tersebut turut mengatakan bahawa fenomena berkenaan dikesan berdasarkan analisis Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca MetMalaysia (MET-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Julat-Sederhana Eropah (ECMRWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).
Dalam masa yang sama, MetMalaysia menasihatkan orang awam supaya sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial agensi mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
Oleh itu, bagi anda di luar sana yang merancang perjalanan waktu petang dan juga malam pada tarik 27 hingga 30 Ogos ini, diharap agar berhati-hati kerana cuaca adalah kurang baik.
Lagi cerita menarik buat anda di sini:
Autisme Dan ADHD Bukan Penghalang Untuk Cemerlang Bidang Seni, Kenali Anak Sarawak Bernama Aveen Ini

