MetMalaysia keluar amaran cuaca panas tahap satu di 4 kawasan

3 Jun 2023 • 9:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu iaitu berjaga-jaga di empat kawasan dalam Malaysia.

MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan, tiga kawasan adalah di negeri Pahang iaitu Bentong, Temerloh dan Kuantan.

Menurut kenyataan itu, satu kawasan lagi adalah di Kinabatangan, Sabah.

Tambah kenyataan itu, amaran cuaca panas tahap satu berlaku sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

"Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved