MetMalaysia keluar amaran cuaca panas tahap satu di Beaufort

20 Feb 2024 • 5:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan. Foto Bernama

image is not available
Sumber gambar daripada perkongsian Facebook MetMalaysia pada Selasa

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu iaitu berjaga-jaga di kawasan Beaufort, Sabah setakat jam 4.30 petang pada Selasa.

MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook berkata, status tahap berkenaan dikeluarkan bagi mana-mana kawasan bersuhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius.

Menurutnya, amaran cuaca panas tahap satu itu berlaku sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” katanya pada Selasa.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28