MetMalaysia Keluar Amaran Hujan Berterusan Di Beberapa Negeri

LocalPolitics
28 Feb 2023 • 11:53 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

MetMalaysia Keluar Amaran Hujan Berterusan Di Beberapa Negeri

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Hujan lebat berterusan peringkat bahaya dijangka berlaku di Pekan dan Rompin, Pahang serta Johor sehingga Khamis ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada 10 malam ini memaklumkan hujan lebat berterusan peringkat buruk juga dijangka berlaku di Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan dan Bera), Negeri Sembilan serta Melaka sehingga Khamis.

Hujan lebat berterusan peringkat waspada pula dijangka berlaku di Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak, Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang serta Terengganu dan Selangor sehingga esok.

Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah serta Bintulu) juga diramalkan mengalami cuaca serupa.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved