MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Sabah, Sarawak

28 Dec 2022 • 2:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sabah dan Sarawak bermula 30 Disember. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran mengenai hujan berterusan di beberapa bahagian di Sarawak selama dua hari bermula 30 Disember ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pukul 1.10 tengah hari Rabu, hujan berterusan dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Hujan berterusan juga dijangka di beberapa kawasan di Sabah, yakni Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan), serta Kudat sepanjang hari ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved