
METMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di 6 Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal akan melanda enam negeri sehingga jam 4 petang ini.
Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Terengganu.
Dalam pada itu, fenomena cuaca berkenaan juga diramal akan melanda kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan.
Manakala hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di Pahang yang melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
MetMalaysia melaporkan bahawa amaran yang sama dikeluarkan melibatkan kawasan Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri
Sementara itu, daerah Miri (Marudi) dan Limbang di Sarawak antara kawasan yang terlibat dalam amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
Beralih ke Sabah, antara kawasan yang terlibat dalam amaran ini adalah Pedalaman (Sipitang, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu).
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam,” kata MetMalaysia.
Difahamkan, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0rxfXheKA8sMVeArc8VNp4yJQx9eZ3Eqnu9Ussp1MGxeWsjetbYLqdNkm3cBBF5Rbl
The post METMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di 6 Negeri Petang Ini appeared first on Siakap Keli.



