METMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir Di Lapan Negeri Sehingga Malam Ini

15 Oct 2024 • 6:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

METMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir Di Lapan Negeri Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan buah negeri sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Pulau Pinang sahaja.

METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Kedah seperti Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Sementara itu, cuaca buruk di Perak pula melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.

“Beralih ke pantai timur, MetMalaysia meramalkan ribut petir dan hujan lebat di daerah Jeli, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.

“Manakala di Terengganu, hanya daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun dijangka mengalami cuaca buruk.

“Di Pahang, hujan lebat bakal melanda beberapa kawasan merangkumi daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut.

“Seterusnya di Sarawak, hujan lebat diramal berlaku melibatkan daerah Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis) dan Kapit (Song)

“Di Sabah pula, cuaca buruk dijangka dialami penduduk di daerah Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

Maklum METMalaysia dalam kenyataan tersebut, tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka adalah lebih sejam.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.