MetMalaysia keluar amaran ribut petir di lima negeri hingga 9 pagi

19 Nov 2022 • 8:11 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah sehingga 9 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan 6.30 pagi ini memaklumkan di Selangor melibatkan kawasan Hulu Langat manakala di Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Di Sabah pula melibatkan kawasan Nabawan di bahagian Pedalaman, Tawau meliputi kawasan Kunak dan Lahad Datu serta Tangod di bahagian Sandakan.

Sementara itu, MetMalaysia menerusi laman sesawangnya memaklumkan cuaca mendung di Sarawak melibatkan beberapa kawasan di Bintulu, Miri dan Limbang.

Hari ini adalah hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved