METMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir Di Tujuh Negeri 

LocalEnvironment
28 Dec 2024 • 6:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

METMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir Di Tujuh Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga jam 9 malam ini.

Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk yang sama akan melanda Kedah melibatkan daerah Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Pulau Pinang, amaran yang sama dikeluarkan untuk kawasan Seberang Perai Utara.

Hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di Perak yang melibatkan daerah Hilir Perak sahaja.

Tujuh negeri dijangka dibadai hujan lebat, ribut petir dan angin kencang

Sementara itu, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang di Selangor antara kawasan yang terlibat dalam amaran tersebut.

Beralih ke Sarawak, antara daerah yang terlibat dalam amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu.

Menurut MetMalaysia, ramalan tersebut berdasarkan tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka lebih sejam.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran berkenaan.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02yEc9Rp4wVjaenV7tpzCwpTn6qr5wCmUS4fnyuV6LgqJL3SqWVzChuZjgJXdaTMdGl