METMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir Di Tujuh Negeri Petang Ini

LocalEnvironment
7 Oct 2024 • 3:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

METMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir Di Tujuh Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga jam 6 petang ini.

Negeri Kedah, Perak, Terengganu, Kelantan, Johor, Sarawak dan Sabah antara negeri yang diramal mengalami cuaca buruk berkenaan.

“Di negeri Kedah, daerah yang terlibat adalah Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala Perak pula di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

“Bagi daerah di Terengganu termasuk Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun, sementara di Kelantan hanya daerah Jeli sahaja yang dijangka hujan.

“Di selatan tanah air (Johor), daerah yang diramal hujan adalah Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Beralih ke Sarawak, daerah yang terlibat adalah Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau).

Sabah pula di kawasan Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran),” maklum METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.