MetMalaysia Keluar Nasihat Ribut Tropika Trami

LocalEnvironment
25 Oct 2024 • 11:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

MetMalaysia Keluar Nasihat Ribut Tropika Trami

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) — Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan ribut tropika Trami yang dikesan berlaku kira-kira 1,160 kilometer (km) ke Barat Laut Kudat boleh menyebabkan cuaca lebih lembap di utara dan Pantai Timur Semenanjung serta barat Sabah.

MetMalaysia menerusi notis Nasihat Ribut Tropika Kuat yang dikeluarkan pada 8.50 malam tadi memaklumkan, keadaan cuaca itu membawa angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Berdasarkan pencerapan pada 8 malam tadi, MetMalaysia memaklumkan ribut tropika itu terjadi pada kedudukan latitud 17.3 utara dan longitud 116.2 timur kira-kira 862 km ke Timur Laut Da Nang, Vietnam.

“Pergerakan ribut ke arah barat dengan kelajuan 20 km sejam (km/j), manakala kelajuan angin maksimum boleh mencapai 93 km/j,” menurut notis itu.

Sumber: Bernama