MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Trami, cuaca lebih lembap, angin kencang

26 Oct 2024 • 8:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika kuat (Trami) yang dikesan berlaku 1,286 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan itu boleh menyebabkan cuaca lebih lembap di utara dan pantai timur Semenanjung dan barat Sabah serta angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Ribut tropika itu berlaku kira-kira 325km ke timur laut Da Nang, Vietnam.

Berdasarkan pencerapan pada 5 petang, MetMalaysia memaklumkan ribut tropika itu bergerak ke arah barat dengan kelajuan 20km sejam (km/j) dan boleh mencapai kelajuan angin maksimum 111 km/j.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved