MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Sabah Mulai Rabu Ini

10 Oct 2022 • 12:31 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penduduk dinasihatkan untuk tidak turun ke laut buat masa ini

MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Sabah Mulai Rabu Ini. Dilaporkan menerusi laman rasmi MetMalaysia telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di perairan Sabah yang dijangka akan berlaku.

MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama mulai esok (Rabu, 12 Oktober 2022) sehingga Sabtu ini, 15 Oktober 2022.

image is not available
MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Sabah Mulai Rabu Ini. Gambar sekadar hiasan

MetMalaysia keluarkan peringkat amaran kategori pertama

Angin kencang barat laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah Barat dan Labuan. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Dalam tempoh yang sama, untuk Seksyen B iaitu untuk perkapalan turut dinasihatkan untuk berhenti melakukan apa-apa aktiviti di kawasan perairan timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan dan juga Palawan.

image is not available
MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Sabah Mulai Rabu Ini. Gambar sekadar hiasan

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02s6zwrH5GyZrv4CM6hzE8bvn8NTmwG7HD8443XnKpV5fH2RJiDkXwGd2EbKxBbgcNl

Orang ramai disarankan untuk sentiasa peka dan mengambil tahu tentang keadaan cuaca

Pihak MetMalaysia telah mengeluarkan amaran ini pada pukul 2.00 petang semalam, agar penduduk bersiap-sedia untuk menghadapi bencana alam tersebut.

Apa-apa aktiviti rekreasi dan sukan laut turut dinasihatkan untuk berhenti seketika sehingga keadaan reda. Para nelayan juga turut dinasihatkan agar tidak turun ke pantai untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

image is not available
.MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Sabah Mulai Rabu Ini. Sumber: Malaysian Meteorological Department

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk peka dan sentiasa mengambil tahu tentang keadaan cuaca terkini. Anda boleh melayari laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, ataupun menerusi laman facebook rasmi Malaysia Meteorological Malaysia untuk perkembangan semasa ramalan cuaca di seluruh Malaysia.

Baru-baru ini terdapat beberapa tempat di Sarawak turut dinaiki air dan hujan lebat hingga menyebabkan tanah runtuh. Lihat pautan di bawah: