MetMalaysia Keluarkan Amaran Cuaca Buruk Dekat 5 Negeri Petang Ini

LocalEnvironment
14 Apr 2025 • 2:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
MetMalaysia ribut petir

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda lima negeri utama sehingga jam 4 petang hari ini.

Menurut laporan Kosmo, antara kawasan yang terlibat adalah seperti senarai dibawah.

  • Perak: Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim
  • Terengganu: Dungun, Kemaman
  • Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Kuantan
  • Selangor: Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat
  • Negeri Sembilan: Jelebu, Kuala Pilah

Hujan lebat lebih 20mm sejam, bahaya kalau tak bersedia!

image is not available

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan hujan lebat melebihi 20mm sejam yang berkemungkinan berlarutan lebih sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam.

Jangan ambil ringan! MetMalaysia minta utamakan keselamatan

image is not available

Orang ramai diingatkan agar berjaga-jaga ketika berada di luar rumah terutama jika terlihat awan gelap, kilat atau petir. Elakkan daripada berada di kawasan terbuka atau bawah pokok semasa ribut melanda.

Cuaca boleh berubah dengan pantas. Kalau tak ada keperluan penting, lebih baik tangguhkan aktiviti luar buat sementara waktu. Keselamatan diri dan keluarga kena diutamakan!

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.