MetMalaysia Keluarkan Amaran Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga Di Mukah

9 Jun 2024 • 6:02 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mukah antara kawasan di Malaysia yang telah mencapai suhu panas tahap berjaga-jaga

MetMalaysia Keluarkan Amaran Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga Di Mukah. Cuaca panas baru-baru ini memang berasa bahangnya. Oleh itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga beberapa kawasan.

Empat kawasan di Malaysia telah dikeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga termasuk satu di Sarawak, setakat jam 4.30 petang ini.

image is not available
MetMalaysia Keluarkan Amaran Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga Di Mukah

Kenyataan dari MetMalaysia

Menurut MetMalaysia dalam satu kenyataan, Mukah di Sarawak berada di tahap satu iaitu berjaga-jaga, manakala tiga kawasan di Semenanjung pula adalah Kuala Krai, Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan.

Tahap berjaga-jaga tersebut boleh mencapai suhu maksimum harian 35 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut.

image is not available

Oleh itu, diharap agar orang ramai sentiasa berjaga-jaga dan elakkan aktiviti di luar rumah pada musim panas melampau ini.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved