MetMalaysia Keluarkan Amaran Gelombang Haba Tahap 1 Di Sri Aman Dan Bintulu

27 Jul 2024 • 1:32 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Malaysia Hadapi Peningkatan Suhu

MetMalaysia Keluarkan Amaran Gelombang Haba Tahap 1 Di Sri Aman Dan Bintulu. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran gelombang haba Tahap 1 bagi daerah Sri Aman dan Bintulu.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi jabatan tersebut, amaran ini mula-mula dikeluarkan untuk kedua-dua daerah pada pukul 4 petang, 26 Julai dan dikeluarkan semula pada pukul 6 pagi hari ini.

image is not available
MetMalaysia Keluarkan Amaran Gelombang Haba Tahap 1 Di Sri Aman Dan Bintulu

Tahap 1 suhu 35-37 darjah celsius, manakala tahap 2 suhu melebihi 40 darjah celsius

Amaran Tahap 1 dikeluarkan apabila suhu mencapai antara 35 darjah Celsius hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, menurut laporan.

Amaran oren, atau amaran Tahap 2, dikeluarkan apabila suhu mencapai antara 37 darjah Celsius hingga 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Amaran merah dikeluarkan apabila suhu meningkat melebihi 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, menandakan gelombang haba yang melampau.

Selain Sri Aman dan Bintulu, daerah-daerah lain di Malaysia yang juga mengeluarkan amaran Tahap 1 ialah Kuala Krai, Larut dan Matang di Semenanjung serta Kota Marudu di Sabah.

Difahamkan Malaysia telah mengalami cuaca panas dan kering sejak awal minggu ini. MetMalaysia dalam ramalan cuaca penting yang dikeluarkan pada hari Isnin telah menyatakan bahawa berdasarkan analisis model cuaca, keadaan dijangka kembali normal bermula 27 Julai.

Jabatan tersebut menyatakan bahawa cuaca kering dan panas di Malaysia disebabkan oleh siklon tropika di timur laut Filipina dan Laut China Selatan berhampiran Pulau Hainan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved