MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Selama 3 Hari Di Sabah Dan Labuan

22 Oct 2024 • 12:00 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hujan akan bermula dari hari Rabu sehingga Jumaat ini

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Selama 3 Hari Di Sabah Dan Labuan. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap berjaga-jaga untuk Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, bermula dari hari Rabu hingga Jumaat.

Menurut kenyataan MetMalaysia semalam, hujan berterusan dijangka akan melanda Sabah, meliputi kawasan pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), pantai barat, Kudat dan Sandakan (Beluran), serta Wilayah Persekutuan Labuan.

image is not available
MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Selama 3 Hari Di Sabah Dan Labuan

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi dan media sosial MetMalaysia, atau aplikasi mudah alih myCuaca, dan juga talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638.

Baca juga artikel yang terkini: