MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Dan Ribut Petir Di 9 Negeri Ini!

11 Mar 2025 • 11:49 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk membabitkan sembilan negeri yang dijangka mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang.

Menurut laporan Berita Harian, antara negeri yang terlibat ialah Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Kelantan, Pahang, Johor dan Sabah.

Daerah yang dijangka terjejas oleh MetMalaysia

image is not available

Menurut MetMalaysia, kawasan yang berisiko mengalami ribut petir dan hujan lebat termasuk:

  • Selangor: Hulu Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat
  • Kedah: Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling
  • Pulau Pinang & Terengganu: Seluruh negeri
  • Perak: Hulu Perak, Batang Padang
  • Kelantan: Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai
  • Pahang: Bentong, Kuantan, Pekan, Rompin
  • Johor: Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Johor Bahru
  • Sabah: Kudat, Pitas

Berlarutan sehingga petang

image is not available

Menurut kenyataan MetMalaysia, keadaan cuaca buruk ini dijangka berlarutan sehingga jam 2 petang. Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan mengelakkan aktiviti luar buat sementara waktu.

#ApaKataOhmedia

Bagi mereka yang tinggal di kawasan berisiko, elakkan berada di tempat terbuka atau berhampiran pokok tinggi ketika ribut petir. Sentiasa peka dengan perkembangan cuaca dan patuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


The post

appeared first on

.