MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

LocalEnvironment
19 Jun 2026 • 3:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

Hujan lebat dan ribut petir dijangka akan berlaku di kebanyakan negeri sehingga petang ini. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan lebat dan ribut petir akan akan melanda seluruh kawasan Perlis, Pulau Pinang, Perak.

Selain itu, dua lagi wilayah lain turut diramalkan mengalami hujan lebat iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Beralih ke negeri Kedah pula, hujan lebat diramal akan berlaku di Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Bagi negeri Kelantan pula, kawasan terjejas ialah Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang. Untuk negeri Terengganu, amaran dikeluarkan untuk penduduk di kawasan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

Seterusnya, bagi negeri Pahang pula, kawasan terjejas ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin.

Untuk negeri Selangor pula, kawasan terjejas ialah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Bagi Negeri Sembilan, amaran dikeluarkan bagi penduduk sekitar Seremban, Port Dickson dan Rembau dan untuk Johor pula, amaran dikeluarkan bagi penduduk sekitar Segamat.

Baca juga:

Untuk negeri Sabah, amaran merangkumi kawasan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

Akhir sekali, bagi negeri Sarawak, amaran dikeluarkan bagi penduduk sekitar Kuching (Lundu), Samarahan (Simunjan) dan Betong.

Image from: MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

Ujar MetMalaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.