MetMalaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika

LocalEnvironment
26 Nov 2025 • 3:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

MetMalaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika

KUALA LUMPUR  — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika yang dikesan pada 11 pagi ini di latitud 4.5 darjah Utara dan longitud 97.9° Timur timur kira-kira 309 kilometer (km) ke Tenggara Banda Acheh, Indonesia.

Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut itu bergerak ke arah barat daya dengan kelajuan 9 kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum mencapai 83 km/j.

Jarak ribut tropika dari bandar terdekat adalah kira-kira 284 kilometer (km) ke Barat Daya Georgetown, Pulau Pinang.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat MTL dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.,” maklum kenyataan itu.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0NrWWxEvTnMbNv5qFBtGomhpZbiyWPAajJMMjHze2m6Kw16JvmX3eovHsVGQ59JdTl

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

The post MetMalaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika appeared first on Siakap Keli.