MetMalaysia keluarkan nasihat ribut tropika Nokaen

LocalEnvironment
19 Jan 2026 • 12:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ribut berkenaan bergerak ke timur-timur laut pada kelajuan 10 km/j dengan kelajuan angin maksimum 65 km/j.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan nasihat ribut tropika Nokaen yang dikesan di latitud 16.6 utara dan longitud 126.5 timur, kira-kira 479 kilometer (km) di timur laut Naga City, Filipina.

Kenyataan MetMalaysia hari ini memaklumkan bahawa berdasarkan pemerhatian pada jam 8 pagi, ribut berkenaan bergerak ke timur-timur laut pada kelajuan 10 km/j dengan kelajuan angin maksimum 65 km/j.

Ribut itu berada kira-kira 1,502 km di timur laut Pitas, Sabah dan tidak menimbulkan ancaman ketara kepada Malaysia. - Bernama