MetMalaysia Keluarkan Nasihat Taufan Nesat Kepada Penduduk Di Barat Laut, Kudat

18 Oct 2022 • 2:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Keadaan ini boleh mengakibatkan angin kencang dan laut bergelora.

MetMalaysia Keluarkan Nasihat Taufan Nesat Kepada Penduduk Barat Laut, Kudat. Dilaporkan, Jabatan Metreologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan nasihat mengenai Taufan Nesat yang kini berada kira-kira 1,328 kilometer (km) ke barat laut Kudat Sabah.

Dalam kenyataan MetMalaysia pada hari ini, taufan tersebut berada di kedudukan 380 km ke timur Hainan China.

image is not available
MetMalaysia Keluarkan Nasihat Taufan Nesat Kepada Penduduk Di Barat Laut, Kudat

Taufan Nesat ini bergerak ke barat daya

Tambah pihak mereka lagi, berdasarkan pemerhatian pada jam 8 pagi hari ini, Taufan Nesat ini bergerak ke barat daya dengan kelajuan 15 km/jam dan boleh mencapai kelajuan 139 km/jam.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.

image is not available

Amaran laut bergelora Ketgori Pertama

Amaran laut bergelora Ketgori Pertama di perairan barat laut Sabah juga telah dikeluarkan pada jam 9.50 malam, 15 Oktober lalu.

Bagi sesiapa yang ingin melakukan aktiviti di atas perairan laut di kawasan ini, pastikan anda peka dengan berita semasa dan jangan turun ke laut jika cuaca tidak mengizinkan.

Baca lagi berita terkini di sini: