Metro Healthcare miliki sepenuhnya RMC Specialist dengan bayaran RM320,000

LocalBusiness & Finance
10 Mar 2026 • 5:22 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Metro Healthcare miliki sepenuhnya RMC Specialist dengan bayaran RM320,000 image is not available liza10/03/2026 - 17:22 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 10 Mac – Metro Healthcare Berhad telah menyelesaikan pengambilalihan 100% ekuiti dalam RMC Specialist Sdn Bhd selepas membeli 100,000 saham biasa anak syarikat itu dengan nilai RM320,000 yang dibayar sepenuhnya secara tunai.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata dengan pengambilalihan itu, Metro Healthcare kini memiliki keseluruhan ekuiti RMC Specialist, membolehkan syarikat memperkukuh kedudukannya dalam sektor perkhidmatan kesihatan serta mengembangkan rangkaian perkhidmatan perubatan yang ditawarkan.

 

“Langkah ini juga diharapkan dapat meningkatkan sinergi operasi dan memberi nilai tambah kepada pemegang saham, selaras dengan strategi kami untuk memperluaskan pengaruhnya dalam industri penjagaan kesihatan di Malaysia,” katanya dalam makluman tersebut.

 

Pada awal Feb lalu, hanya seorang pemilik ekuiti yang memegang satu unit saham menolak usul Metro Healthcare Berhad mengambil alih keseluruhan 100% kepentingan dalam RMC Specialist.

 

Cadangan itu tetap diluluskan secara hampir sebulat suara oleh kesemua pemegang saham yang lain pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kumpulan penjagaan kesihatan itu. - DagangNews.com

Terkini standard
View Original Article