Mewah, Syarikat Ini Belanja RM 14.3 Juta Untuk “Company Dinner”, Siap Ada Konsert

14 Jan 2023 • 3:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mewah, Syarikat Ini Belanja RM 14.3 Juta Untuk “Company Dinner”, Siap Ada Konsert

Sebuah syarikat bertaraf global, Riway International di Singapura dilapor menganjurkan satu acara makan malam syarikat mewah di Taiwan apabila membelanjakan belasan juta ringgit untuk tujuan tersebut.

Menurut laporan The Straits Times, acara makan malam itu turut diiringi dengan konsert yang menampilkan penyanyi pop, Wakin Chau selain pertunjukan bunga api. Selain Chau, kumpulan rock terkenal, Power Station dan juga penulis muzik-penyanyi terkemuka, Ricky Hsiao turut dibawa membuat persembahan.

Secara keseluruhan, acara makan malam yang menyediakan pelbagai juadah mewah serta menempatkan 2,600 meja bankuet itu menelan kos sekitar RM 14.3 juta.

Hampir 26,000 orang yang hadir ke acara makan malam itu majoritinya adalah staf Riway International termasuk dari cawangannya di Malaysia, Indonesia dan Jepun. Selain itu, syarikat itu juga turut menjemput rakan niaga-rakan niaga ke acara tersebut.

Difahamkan, pihak penganjur terpaksa menempah satu lot tanah kosong untuk dijadikan lokasi khas penganjuran makan malam tersebut memandangkan sukar untuk mencari kemudahan yang mampu menampung jumlah tetamu seramai itu dalam satu-satu masa.

Persiapan majlis makan malam itu juga sudah dijalankan sejak September tahun lepas lagi, menurut wakil Riway International kepada The Straits Times.