MFL: Sabah bangkit ikat JDT II 1-1

Football
1 Apr 2023 • 11:14 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Skuad Bawah 23 Tahun Sabah FC bangkit daripada ketinggalan untuk memperolehi seri 1-1 dengan JDT II FC dalam saingan Piala MFL yang berlangsung di Stadium Likas pada Khamis.

Pasukan bimbingan Johnny Dominicus itu bermula baik dengan beberapa percubaan ke gawang lawan pada minit pembukaan.

Bagaimanapun, pasukan pelawat mampu menahan tekanan dan berjaya mengawal semula permainan ketika perlawanan berlangsung.

Mereka mendahului pada minit ke-15 apabila Gabrie Nistelrooy Anak Tamin menemui jaringan dari jarak dekat selepas menerima hantaran Umar Hakeem.

Umar hampir menggandakan jaringan pada minit ke-31 apabila Njoku Jacob dari Sabah FC menghadiahkan bola tetapi rembatannya tersasar.

Pasukan tuan rumah akhirnya memecahkan kebuntuan lima minit selepas aksi dimulakan semula apabila pemain gantian Sahrizan Saidin dijatuhkan dalam kotak dan Njoku berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk menjaringkan gol penyamaan.

Kedua-dua pasukan berpeluang menjaringkan gol dalam baki pemainan dan peluang terbaik menjadi milik JDT II apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-83.

Bagaimanapun, rembatan kencang Daryl Sham berjaya dihalang penjaga gol Fahmi Ikhwan Muhd Azmi dengan cemerlang.

Ia adalah seri kedua untuk Sabah FC pada musim baharu susulan keputusan seri 1-1 di tempat lawan menentang Penang FC seminggu lalu. Johnny gembira dengan prestasi pemain walaupun mengalami kebuntuan.

“Saya fikir ia adalah keputusan yang adil pada akhirnya kerana kedua-dua pasukan berjaya mencipta peluang.

“Walaupun kami tidak dapat memperoleh mata maksimum dalam perlawanan pertama kami di tempat sendiri, saya dapat lihat prestasi pemain telah meningkat berbanding perlawanan pembukaan.

“Mereka bermain lebih baik sebagai satu unit dan tahap keyakinan mereka juga meningkat,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa pasukan itu bukanlah persembahan seorang pemain semata-mata walaupun terdapat beberapa pemain dari pasukan senior.

“Sebuah pasukan bola sepak bukan ditentukan oleh seorang pemain sahaja. Ia adalah sukan berpasukan dan semua pemain memerlukan sokongan antara satu sama lain.

“Saya juga harus berterima kasih kepada Datuk Ong Kim Swee kerana membenarkan beberapa pemain senior bermain untuk kami dalam perlawanan itu,” tambahnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.