
MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. hari ini secara rasmi melancarkan CFMOTO 250 Dual, jentera pertama mereka untuk tahun 2026, bersempena pembukaan pusat servis MForce di Kuala Lumpur.
CFMOTO 250 Dual dikuasakan enjin 249cc dengan tork maksimum 22.5 Nm, serta dilengkapi tangki bahan api berkapasiti 13 liter, menjadikannya pilihan praktikal untuk kegunaan harian dan tunggangan jarak sederhana. Dengan spesifikasi yang ditawarkan, model ini dilihat memberi keseimbangan yang baik antara prestasi, kecekapan dan nilai harga.
Untuk pasaran Malaysia, CFMOTO 250 Dual ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Lime Green, Polar White dan Tundra Grey. Dari segi harga, motosikal ini ditawarkan bermula RM9,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.
Pelancaran ini menandakan permulaan barisan produk baharu MForce bagi musim 2026, dengan lebih banyak model dijangka diperkenalkan sepanjang tahun.
The post MForce Lancar CFMOTO 250 Dual, Model Pertama Bagi Musim 2026 appeared first on TW Media.
