Mforce sahkan ZXMOTO 820RR bakal dijual dibawah RM40k

LocalCars
23 Jun 2026 • 2:40 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Mforce sahkan ZXMOTO 820RR bakal dijual dibawah RM40k

MForce Malaysia sebelum ini telah pun memberi “pra-tonton” awal di MBS 2026, sekali gus mencetuskan perbualan dalam kalangan peminat dua roda apabila tiga model baharu daripada ZXMOTO iaitu 820RR, 500RR dan 500F dipamerkan lebih awal sebelum pelancaran rasmi.

Ketika itu, harga masih belum didedahkan, namun spekulasi sudah mula timbul mengenai posisi model-model ini dalam segmen sport bike mampu milik.

Kini, MForce turut membuka sedikit gambaran harga di mana ZXMOTO 820RR dijangka bawah RM40,000, manakala 500RR dan 500F masing-masing bawah RM30,000.

Dengan angka sebegini, tidak mustahil ia boleh memberi tekanan kepada segmen sport 250cc–500cc sedia ada di pasaran, terutama dari segi “value for money” yang ditawarkan.

Jika spesifikasi dan prestasi selari dengan jangkaan, kehadiran trio ini berpotensi mengubah sedikit landskap pasaran sport bike mampu milik di Malaysia.

Pelancaran ini sekali lagi mengukuhkan peranan MForce Bike Holdings sebagai antara pemain utama yang agresif membawa masuk model berprestasi dengan harga kompetitif.

The post Mforce sahkan ZXMOTO 820RR bakal dijual dibawah RM40k appeared first on TW Media.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved