MG Mulakan 2026 Dengan Keyakinan Baharu, Tawar Promosi Menarik Sempena Tahun Baharu Cina

LocalCars
25 Jan 2026 • 3:50 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

MG Motor Malaysia membuka tirai 2026 dengan penuh keyakinan, berbekalkan momentum kukuh hasil prestasi cemerlang sepanjang 2025. 

Tahun lalu menyaksikan jenama automotif ikonik British ini melalui fasa transformasi penting, dipacu oleh pelancaran produk strategik, pertumbuhan jualan yang konsisten serta pengukuhan kedudukan Malaysia sebagai antara pasaran utama MG di rantau Asia.

image is not available

Antara sorotan utama 2025 ialah pelancaran SUV elektrik mampu milik MG S5 EV pada Mei, diikuti kemunculan MG Cyberster EV pada Julai. 

Roadster elektrik pacuan roda belakang ini bukan sahaja mengangkat imej prestasi MG, malah mencuri perhatian pasaran tempatan dan antarabangsa. 

Malaysia mencatat pencapaian membanggakan apabila muncul sebagai pasaran nombor satu di Asia dan Oceania (tidak termasuk China) bagi MG Cyberster, sekali gus menempatkan negara dalam lima pasaran teratas dunia untuk model tersebut.

Barisan produk MG turut diperkukuh dengan pengenalan edisi khas MG5 X Edition dan MG4 101 Edition pada Oktober, melengkapkan penawaran merentasi segmen kenderaan elektrik dan enjin pembakaran dalaman. 

Gabungan ini menyumbang kepada peningkatan jualan yang stabil, termasuk lonjakan ketara pada penghujung tahun dengan pertumbuhan 50 peratus pada Disember 2025.

Rangkaian Lebih Luas, Pengalaman Pemilikan Lebih Meyakinkan

Seiring dengan peningkatan permintaan, MG Motor Malaysia turut memberi tumpuan kepada aspek pengalaman pemilikan melalui peluasan rangkaian selepas jualan. 

Sepanjang 2025, enam pusat servis bertauliah baharu dibuka, menjadikan keseluruhan 19 pusat servis MG di seluruh negara. Antara lokasi terbaharu termasuk Old Klang Road, Rimbayu, Miri, Sibu, Alor Setar dan Sunway.

image is not available

Menurut Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory Qi, sambutan positif pelanggan menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan jenama ini. 

“Melangkah ke tahun 2026, kami kekal komited untuk menawarkan inovasi British yang mudah diakses, pengalaman pemanduan yang mengujakan serta proses pemilikan kenderaan yang memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan di Malaysia. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelanggan atas sokongan padu sepanjang tahun 2025,” ulas beliau.

Pada tahun ini, MG Motor Malaysia merancang untuk terus memperluas rangkaian selepas jualannya melalui pembukaan pusat baharu di Jalan Ipoh, Kuching, Pulau Pinang, Tebrau dan Bandar Tun Razak. 

Sehingga Disember 2025, rangkaian MG di Malaysia merangkumi 17 cawangan 3S dan dua cawangan 2S, bagi memperluas liputan serta memudahkan akses kepada perkhidmatan selepas jualan untuk pelanggan di seluruh negara.

Sambut Tahun Baharu Cina Dengan Tawaran Menarik

Bagi memeriahkan permulaan tahun, MG Motor Malaysia melancarkan kempen bilik pameran bertemakan Drive British Dynamics This CNY yang berlangsung dari 23 hingga 31 Januari 2026. 

Pengunjung berpeluang merasai sendiri keunikan reka bentuk, prestasi dan pengendalian MG, selain peluang memenangi kredit Touch ’n Go bernilai RM100 bagi sesi pandu uji terpilih.

image is not available

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, MG turut menawarkan penjimatan menarik merentasi beberapa model popular. Ini termasuk potongan sehingga RM28,000 untuk MG S5 EV dan MG4 EV, sehingga RM42,000 untuk MG HS, serta sehingga RM11,000 bagi MG5. 

Model terpilih juga ditawarkan dengan pilihan penghantaran pantas, membolehkan pelanggan menerima kenderaan dalam tempoh kurang daripada seminggu, sesuai untuk perayaan awal tahun.

Tidak terhenti di situ, Promosi Selepas Jualan Tahun Baharu Cina dari 16 Januari hingga 16 Februari 2026 turut ditawarkan, merangkumi pemeriksaan kenderaan 30-poin percuma, diskaun alat ganti dan caj buruh, serta hadiah perayaan. 

image is not available

Kesemua inisiatif ini mencerminkan fokus MG untuk terus mendekatkan jenama kepada gaya hidup moden, praktikal dan berorientasikan pengalaman pelanggan. - Getaran, 25 Januari 2026