MG4 & MGZS EV: Kereta elektrik DNA British dibuka tempahan di Malaysia

Cars
28 Feb 2024 • 12:44 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Morris Garage ataupun MG adalah jenama automotif daripada U.K yang ditubuhkan dalam tahun 1924. Mereka ini terkenal dengan kereta sport dua pintu dengan enjin lebih daripada 3L. Sejak tahun 2006, jenama ini telah diambil alih oleh SAIC Motor Corporation dan mereka kini hasilkan kenderaan penumpang biasa dan perluaskan produk mereka kepada EV.

image is not available

Untuk maklumat tambahan anda juga, Maxus adalah subsidiari kepada SAIC. Sebab saya ceritakan tentang MG adalah mereka akan tembusi pasaran Malaysia. Bukan dengan kereta petrol, tapi dua EV iaitu MG4 dan MGZS EV.

MG4: Hatchback elektrik 0-100km/j 3.8s

MG4 adalah hatchback elektrik yang dikenal pasti daripada garisan bumbung yang rendah untuk aerodanmik yang lebih baik. Di bahagian depan, garisan hud bersekali dengan lampu depan yang runcing dan agak tinggi. Ia mengingatkan saya pada lampu Ioniq 6. Lagi di bahagian depan, MG4 dilengkapi komponen jeriji aktif yang boleh buka atau tutup untuk menyumbang kepada aerodinamik ataupun menyejukkan komponen.

image is not available

Di bahagian belakang, lampu ekor yang terkeluar mirip Toyota BZ4X. Rekaan ekor menonjol ini telah ramai digunakan pengeluar EV untuk nampak lebih futuristik disamping mengelak daripada memasang aksesori spoiler tambahan.

image is not available

Apabila masuk ke ruangan kabin, kelengkapan yang disediakan adalah lebih konvensional. Pemandu melihat info penting melalui kluster instrumen kluster sebesar 7". Ia tidaklah besar dan tidaklah terlalu kecil macam BYD Atto 3 dan Dolphin yang sebesar 5" saja. Skrin inforianya bersaiz 10.25", juga tak boleh lawan BYD Seal 15.6" untuk paparkan peta navigasi anda. Untuk kemudahan, sistem inforia ini menyokong Apple Carplay dan Android Auto.

image is not available

Saya boleh nampak rotary drive selector, port USB dan juga pad pengecas wayarles untuk telefon. Di bahagian cermin pandang belakang juga ada jugaUSB-C kalau-kalau anda nak pasang dashcam. Ruang pemandu biasa-biasa sahaja luasnya dengan ciri kerusi elektrik untuk ubah posisi. Bahagian penumpang belakang pula tidaklah lapang. Malahan, tiada arm rest di bahagian tengah.

image is not available

Sebanyak 4 varian akan masuki Malaysia bermula dengan Stardard, LUX, Extended LUX, dan yang terakhir X-POWER. Dimulakan dengan XPower, ini adalah varian paling berkuasa. Kenderaan ini adalah pacuan semua roda bermotor kembar dengan output 320kW (435PS) dan trok 600Nm. 0 kepada 100km/j dalam masa 3.7 saat sahaja. Angka tersebut adalah saing-saing Smart #1 Brabus dan BYD Seal. Ia ada bateri 64kWh dengan jarak kembara 384km.

image is not available

Varian yang seterusnya ialah Extended LUX ada motor berkuasa lebih tinggi 180kW (245PS) dengan tork 258Nm. Baterinya lebih besar pada 77kWh dan ada jarak kembara paling jauh iaitu 520km (WLTP). Varian LUX pula ada motor 150kW (203PS) dengan tork 250Nm. Ia ada jarak kembara 430km dengan bateri 64kWh.

image is not available

Akhir sekali kita ada varian Standard dengan motor 125kW (170PS) dan tork 250Nm. Baterinya sebesar 51kWh. Anda boleh jangkakan prestasinya sama seperti kereta 1.5L yang ada turbo ataupun hibrid. Merentasi varian, sistem pengecasannya gunakan spesifikasi sama iaitu 7kW AC dan 150kW DC.

Tarikh julannya masih belum diumumkan namun harga anggarannya adalah seperti berikut:

  • MG4 Standard daripada RM104,000
  • MG4 Lux daripada RM129,000
  • MG4 Lux Extended Range daripada RM 149,000
  • MG4 XPOWER daripada RM159,000

image is not available

MGZS EV

MGZS EV adalah EV kedua yang MG bawa masuk kedalam Malaysia. SUV elektrik kompak ini daripada segi dimensinya boleh diletakkan bersama-sama model seperti BYD Atto 3, Proton X50, Mazda CX5, ataupun BMW X3. MGZS EV ini dibangun berasaskan platform ICE jadi anda boleh temui motor elektrik berada di ruangan enjin dan port pengecas diletakkan di bahagian hadapan.

image is not available

Anda juga akan perasan bahagian grill tempat yang dulunya radiator telah ditutup dan airscoop dipindah ke bahagian bawah untuk tujuan penyejukan.
Profil SUV yang boleh anda nampak adalah landasan roof rack untuk ruangan penyimpanan lebih luas. Bahagian belakang ada lampu LED penuh disamping skid plate dekat bahagian bawah untuk lebih nampak ciri SUV-nya.

image is not available

Masuk ke bahagian dalam, anda dapat ruangan kabin yang hampir serupa dengan MG4 cuma lebih tradisional. Anda ada kluster instrumen sebesar 7" dan skrin inforia peka sentuhan sebesar 10.25" yang menyokong Apple Carplay dan Android Audio. Konsol tengah pula adalah jenis terapung dan tempatkan tombol mode memandu. Ada USB-C dan USB-A beserta pada pengecasan wayarles untuk kemudahan anda.

image is not available

Anda dapat campuran kemasan soft touch dan juga hard touch untuk bahagian kabin. Misalnyam bahagian panel pintu sebahagian besarnya adalah daripada materi keras sementara di papan pemuka adalah jenis lembut. Bila anda pandang ke atas, bahagian bumbung ada sunroof dengan pelindung yang boleh dibuka.

image is not available

Saya sukakan ruang yang penumpang belakang terima. Walaupun ia EV, penumpang tak perlu mencangkung sangat sewaktu berada di dalam kereta. Lantainya agak mendatar dan ruang kepala juga lapang. Untuk prestasi, satu varian dibawa masuk pihak MG. MGZS EV ini ada motor depan dengan output 130kW (176PS) dan tork setinggi 280Nm. Baterinya ada kapasiti 51.1kWh dengna jarak kembara 320km dengan piawian WLTP. Untuk isi bateri, sistem pengecas DC 50kW dan AC 7kW.

Anggaran harga jualan MGZS EV adalah RM129,000, hanya satu varian dibawa masuk.

image is not available

Jaminan dan lokasi bilik pameran MG

Kedua-dua EV yang diumumkan ini dilindungi jaminan menyeluruh selama 7 tahun (150,000km) sementera komponen baterinya dilindungi jaminan 8 tahun (180,000).

MG akan mengadakan kembara untuk pamerkan EV ini di bilik-bilik pameran mereka di seluruh negara. Anda boleh lawati lokasi tersebut mengikut jadual berikut.

image is not available

Bacaan berkaitan