MH17: 2 warga Rusia, seorang warga Ukraine didapati bersalah

17 Nov 2022 • 11:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Wakil panel hakim memeriksa bangkai pesawat MH17 yang dibina semula di pangkalan tentera Gilze-Rijen selatan Belanda pada Mei 2021.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Daerah The Hague pada Khamis memutuskan bahawa dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine bersalah atas pertuduhan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014 serta menyebabkan kesemua 298 penumpang dan krunya terbunuh.

Mereka ialah Igor Girkin, Sergei Dubinsky dan Leonid Kharchenko.

Bagaimanapun, mahkamah itu membebaskan seorang lagi warga Rusia iaitu Oleg Pulatov daripada pertuduhan sama.

Prosiding jenayah terhadap keempat-empat lelaki bermula pada 9 Mac 2020.

Bagaimanapun, kesemua defendan tidak pernah hadir pada prosiding itu sehingga menyebabkan mahkamah memutuskan bahawa mereka dibicarakan secara ‘in absentia’ di bawah undang-undang Belanda. - Bernama