Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 akan berterusan selepas misi carian terkini Ocean Infinity yang berakhir pada 23 Januari lalu gagal menemukan lokasi akhir pesawat. Boeing 777-200ER dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang hubungan dengan menara kawalan 12 tahun lalu sehingga menimbulkan pelbagai teori mengenai apakah yang sebenarnya terjadi.

Syarikat Ocean Infinity telah melancarkan misi pencarian pada 30 Disember tahun lalu yang sepatutnya selama 55 hari secara berperingkat di kawasan Lautan Hindi Selatan. Ia telah ditamatkan lebih awal kerana keadaan cuaca yang buruk.
Pencarian dilakukan berdasarkan perjanjian perkhidmatan antara Kerajaan Malaysia dan Ocean Infinity yang ditandatangani pada 25 Mac lalu dengan dua fasa. Fasa pertama dari 25 hingga 28 Mac 2025 dan fasa kedua pula dari 31 Disember 2025 hingga 23 Jan 2026. Secara keseluruhan misi pencarian dilakukan selama 28 hari merangkumi keluaran 7,571 kilometer persegi di kawasan Lautan Hindi Selatan.
Ocean Infinity telahpun terlibat dalam dua carian sebelum ini tetapi gagal menemukan pesawat. Kontrak yang ditandatangani ini ialah selama 18 bulan dengan kawasan carian adalah seluas 15,000 kilometer persegi. Mereka hanya akan menerima bayaran $70 juta (~RM 277 juta) sekiranya berjaya menemukan bangkai pesawat
