Michael Ang kritik cadangan menteri calonkan Kampung Baru Cina sebagai tapak UNESCO

8 Feb 2024 • 12:06 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Baru-baru ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming memberi cadangan untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah perkampungan itu yang diasaskan sejak 76 tahun lalu.

Bagaimanpun cadangan tersebut telah mengundang pelbagai perspektif ramai.

Pengarah dan penerbit Michael Ang menerusi hantaran di Instagram mengkritik cadangan tersebut serta mempersoalkan kewajaran pengiktirafan kawasan itu sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, sedangkan Kampung Baru Cina belum mencapai usia 100 tahun.

“Aduh, siapalah si Kor Ming ni. Suka buat hal. Tapak bersejarah? UNESCO? Untuk something less then 100 years?

“Dan aku Cina aku pun tak tahu dekat KL ini ada kampung baru Cina? Setahu aku Kepong and Cheraslah kampung Cina dekat KL ni. Boleh tak siapa siapa beri tahu aku mana kampung baru Cina ni?,” tulisnya.

Dalam hantaran tersebut juga, Michael juga mendakwa tidak mengetahui spesifikasi tempat yang dimaksudnya. Katanya lebih baik fokus kepada satu kawasan yang dinamakan Kampung Baru Malaysia.

“Dah dah lah benda macam ni boleh buat orang gaduh. Ada banyak lagi benda boleh buat, cuba buat kampung baru Malaysia.

“Mana semua kaum duduk bersama-sama dalam aman damai. Kan itu lagi baik, ini tidak, nak sahaja membelah bahagi kita rakyat Malaysia,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat Michael bagi mewujudkan atau mengiktiraf satu kawasan dan penempatan yang lebih mencerminkan pelbagai kaum di Malaysia.

Sumber: Michael Ang