Michael Ang pertahan suami Ain Edruce -“Muka elok, poket kosong pun tak guna..”

1 Jun 2024 • 5:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengarah Michael Ang pertahan suami Ain Edruce dengan tampil membidas kenyataan netizen yang mengkritik wajah Amirul Hafiz ‘selenga’.

image is not available

Michael Ang pertahan suami Ain Edruce

Menerusi perkongsian di Instagram, Michael berpendapat adalah lebih baik sekiranya seseorang itu berwajah selenga daripada memiliki perangai buruk.

Dalam pada itu, Michael turut menyifatkan Amirul adalah seorang lelaki yang baik.

“Tak baik cakap muka laki Ain selenga. Baik tau orang dia!
“Anyway kalau muka elok perangai macam bird-bird berterbangan, lagi baik dapat muka selenga tapi bird-bird duduk diam-diam saja dalam sangkar!”bidasnya.

image is not available

Biar muka tak elok, poket tak kosong

Bidas pengarah berusia 48 tahun, adalah lebih baik jika seseorang itu mempunyai muka yang tidak elok jika hendak dibandingkan dengan seseorang yag memiliki rupa paras dan tiada duit.

“Muka elok poket kosong pun tak guna dah macam tanggung biawak hidup! Muka elok tapi bebal pun tak guna dik!
“Biar la muka biasa-biasa atau selenga tapi ada otak dan hari perut! Siapa setuju,”bidasnya lagi.

image is not available

Terdahulu, ada pihak meluahkan rasa muak menonton konten-konten pengacara Melodi itu dengan suaminya kerana melihat reaksi lelaki itu yang dianggap kelakar oleh sesetengah peminat.

Walau bagaimanapun, ramai yang membela Ain dengan menyatakan individu terbabit mempunyai pilihan untuk tidak menonton dan mengabaikan sahaja konten yang dikongsi selebriti terbabit tanpa perlu menyuarakan rasa tidak selesanya kepada umum.

Ain juga tidak terasa apabila suaminya, Amirul Hafiz dilabel muka selenga hanya kerana konten-konten yang dikongsikan di media sosial.

image is not available

Untuk rekod, Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce, 33 telah mendirikan rumah tangga dengan Amirul Hafiz pada September 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Soraya.

Sumber: Instagram michaelang38