Michelle Yeoh dinobat Tokoh Perfileman Asia di festival filem Busan 2026

EntertainmentMovie
6 Aug 2026 • 7:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Michelle Yeoh dinobat Tokoh Perfileman Asia di festival filem Busan 2026

SEOUL, 6 OGOS: Pelakon tersohor Tan Sri Michelle Yeoh dipilih sebagai "Tokoh Perfileman Asia Tahun Ini" pada Festival Filem Antarabangsa Busan (BIFF) tahun ini, menurut penganjur, lapor Agensi Berita Yonhap.

“Serba boleh, berwibawa dan bersemangat kental - persembahan Michelle Yeoh melangkaui jangkaan dalam setiap aspek, daripada teknik, gaya hinggalah kehadiran di layar,” kata penganjur BIFF dalam satu kenyataan media hari ini.

“Yeoh merevolusikan representasi wanita dalam filem aksi sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara bintang paling berpengaruh dalam sinema Hong Kong,” menurut kenyataan itu lagi.

Yeoh memulakan kerjaya lakonannya menerusi filem Yes, Madam! (1985) sebelum mengukuhkan nama di peringkat antarabangsa melalui Tomorrow Never Dies (1997) dan Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000).

Beliau turut membintangi Crazy Rich Asians (2018) dan Wicked (2024), selain mencipta sejarah sebagai wanita Asia pertama memenangi Anugerah Akademi bagi Pelakon Wanita Terbaik menerusi Everything Everywhere All at Once (2022).

Kehadiran Yeoh di BIFF tahun ini menandakan kemunculan semulanya di acara karpet merah festival filem tahunan itu selepas 15 tahun, sejak menghadiri tayangan The Lady (2011) di Busan.

Program khas turut diadakan pada BIFF tahun ini yang menampilkan tiga filem pilihan Yeoh, iaitu Reign of Assassins (2010), Everything Everywhere All at Once dan Sandiwara (2026), selain filem terbaharunya, It's My Time (2026).

Anugerah itu akan disampaikan pada majlis pembukaan BIFF edisi ke-31 yang dijadual berlangsung dari 6 hingga 15 Oktober di bandar pelabuhan Busan, di tenggara Korea Selatan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved