Michelle Yeoh kini bergelar isteri, kahwini Jean Todt selepas 19 tahun bertunang

Entertainment
28 Jul 2023 • 3:10 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

BINTANG kelahiran Malaysia yang mencipta nama di persada Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh selamat mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari dan pengurus pasukan Scuderia Ferrari, Jean Todt.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh bekas pemandu Formula One, Felipe Massa menerusi hantaran di Instagram.

Hantaran berkenaan yang memaparkan sekitar majlis yang berlangsung di Geneva, Switzerland pada 27 Julai 2023.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat.

image is not available

Lebih istimewa, hari perkahwinan pasangan ini adalah 6,992 hari sejak pertemuan pertama pada 4 Jun 2004.

image is not available

“Happy marriage Jean Todt & Michelle Yeoh. Love you so much,” titip Felipe Massa.

image is not available

Yeoh, 60, mengharumkan nama negara selepas muncul sebagai wanita Asia dan Malaysia pertama memenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi ke-95 (Oscars 2023).

Kelahiran Ipoh, Perak, bintang Hollywood itu meraihnya menerusi filem ‘Everything Everywhere All at Once’.

image is not available

Karier seni Yeoh bermula selepas memenangi Miss Malaysia World ketika berusia 20 tahun pada 1983.

Beliau kemudian mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World di London, United Kingdom (UK) pada tahun yang sama.

Yeoh dinobatkan oleh majalah antarabangsa terkemuka, Time sebagai Ikon Tahun 2022 atas sumbangan besarnya kepada industri perfileman.

Pada 22 Mei 2012, beliau telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Datuk Seri sempena hari keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Manakala 1 Jun 2013, bintang ini telah menerima anugerah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Tahniah buat Michelle Yeoh dan suami daripada SinarPlus!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube, Tiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang