Michelle Yeoh Raih Trofi Pelakon Wanita Terbaik Di Anugerah SAG

Entertainment
27 Feb 2023 • 9:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Michelle Yeoh Raih Trofi Pelakon Wanita Terbaik Di Anugerah SAG

Pelakon terkenal Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik dalam Screen Actors Guild (SAG) Awards hari ini.

Memetik CNN, Yeoh menjadi wanita Asia pertama yang berjaya memenangi anugerah dalam kategori itu. Dia memegang watak sebagai Evelyn Wang dalam filem Everything Everywhere All at Once (2022).

Michelle Yeoh raih Anugerah SAG

Pelakon kelahiran negeri Perak itu menzahirkan ucapan terima kasih atas penghargaan yang diterima olehnya itu.

“Ini bukan hanya sekadar untuk saya, namun ia untuk setiap anak gadis seperti saya.

“Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk berada di sini kerana ramai antara kita memerlukan ini. Kami mahu dilihat, kami mahu didengari.

“Dan pada malam ini, anda telah menunjukkan kepada kami bahawa ia tidak mustahil dan saya sangat bersyukur,” katanya ketika menerima anugerah itu.

Tambah Yeoh sebelum mengakhiri ucapannya, dia mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibunya yang menyaksikan dirinya memenangi anugerah itu.

 

Dalam filem berkenaan, antara pelakon bintang lain yang turut menjayakan filem itu termasuklah Jamie Lee Curtis dan Ke Huy Quan. Kedua-dua mereka turut memenangi anugerah dalam kategori masing-masing.

Selain Yeoh, Ke Huy Quan turut mencipta detik bersejarah dengan menjadi lelaki Asia pertama yang memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik dalam filem.

Untuk makluman, filem ini turut mendapat 11 pencalonan Oscar termasuk dalam kategori gambar terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik.

Pelakon Michelle Yeoh Menang Anugerah Golden Globe

Terdahulu, Michelle Yeoh telah membawa pulang anugerah berprestij, Anugerah Golden Globe dalam filem lakonannya pada bulan lalu lapor AFP.

Difahamkan, beliau telah merangkul gelaran tersebut bagi kategori Muzikal/Komedi menerusi filem Everything Everywhere All At Once. Kejayaan itu turut dikongsikannya dalam satu hantaran di Intsagram.

Sumber: CNN