Microlino Lite Ialah EV Kompak Khusus Untuk Penggunaan Dalam Bandar

TechnologyDigitalCars
27 Feb 2024 • 7:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kereta EV moden mempunyai saiz yang besar kerana untuk melakukan perjalanan jauh, pek bateri yang besar diperlukan. Ini menjadi isu di negara seperti Jepun dan Eropah yang mempunyai jalan yang kecil. Microlino Lite baru sahaja dilancarkan di Pameran Kereta Geneva dengan ia adalah sebuah EV kompak yang menyasarkan penggunaan dalam bandar.

image is not available

Setiap Microlino Lite hanya boleh membawa dua orang penumpang. Dengan panjang 2.5 meter dan lebar 1.5 meter, ia memang direka untuk penggunaan dalam bandar Eropah yang mempunyai lorong sempit. Dengan motor 6kW, ia juga hanya boleh bergerak pada kelajuan maksimum 45 km/j. Sementara itu bateri 5.5kW pula hanya menawarkan perjalanan sekitar 100 km. Ini bukanlah isu kerana Microlino Lite hanya akan digunakan dalam kawasan bandar.

image is not available

Di Eropah ia diklasifikasikan sebagai sebuah skuter dan oleh itu boleh dipandu individu 14 tahun ke atas yang memiliki lesen skuter. EV ini tidak boleh dibeli sebaliknya dilanggan secara bulanan dengan bayaran €156 (~RM808) yang memberikan sewaan 5000 km setahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved