Micron dan SK Hynix Mencapai Nilai Pasaran $1 Trilion

TechnologyBusiness & Finance
27 May 2026 • 12:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Micron dan SK Hynix Mencapai Nilai Pasaran $1 Trilion

Anda dan saya terkesan dengan impak negatif permintaan tinggi untuk memori disebabkan oleh pusat data kecerdasan buatan. Tetapi jika anda pengeluar memori, impaknya pula berbeza dengan baru-baru ini Samsung menjadi syarikat Asia kedua mencapai nilai pasaran $1 trilion. Hari ini SK Hynix dan Micron pula menyertai kelab $1 trilion.

Image from: Micron dan SK Hynix Mencapai Nilai Pasaran $1 Trilion

SK Hynix kini secara rasmi menjadi syarikat Asia ketiga mencapai nilai ini. Nilai saham kedua-dua SK Hynix dan Micron baik mendadak hari ini. SK Hynix melonjak hampir 10% sementara Micron pula hampir 20%. Dengan permintaan untuk RAM masih lagi melebihi kapasiti pengeluaran, nilai saham Samsung, SK Hynix dan Micron diramalkan terus akan mencanak naik sekurang-kurangnya sehingga 2028.

Bagi konsumer, ia hanya menyebabkan harga jualan pelbagai peranti pintar, elektronik dan kereta meningkat kerana kesemuanya bergandung kepada Samsung, SK Hynix dan Micron untuk mengeluarkan memori.

Tahun ini di Malaysia secara purata harga peranti untuk kombinasi RAM dan storan sama meningkat sekitar RM600 berbanding tahun lalu. Masa terbaik untuk membeli telefon baharu ialah semalam dan masa terbaik seterusnya ialah hari ini.