Micron Membeli Kilang Pengeluaran Cip Semikonduktor Dari PowerChip Di Taiwan Untuk $1.8 Bilion

TechnologyBusiness & Finance
19 Jan 2026 • 4:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain daripada beberapa kilang pengeluaran cip memori baru yang akan dibangunkan di Amerika Syarikat, Micron nampaknya juga akan membeli kilang pengeluaran yang sudah siap dan bersedia untuk menghasilkan cip DRAM tambahan melalui syarikat pengilang komponen memori Powerchip Semiconductor Manufacturing Corp. yang berada di Taiwan.

Dalam pengambil-alihan tapak yang bernilai $1.8 bilion ini, Micron akan mengambil-alih kilang P5 yang terletak di bandar Tongluo, dan akan digunakan untuk menghasilkan lebih banyak komponen DRAM menjelang pertengahan tahun 2027, selepas pengambil-alihan tersebut lengkap pada suku kedua tahun ini.

image is not available

Menariknya, Micron dilaporkan masih akan perlu menaiktarafkan kilang ini untuk berupaya menghasilkan komponen-komponen cip memori yang diperlukan kerana kelengkapan sedia ada tidak cukup baik untuk menghasilkan komponen yang diperlukan pada kadar pengeluaran sebulan yang dikehendaki. Oleh kerana ini, kilang tersebut hanya akan beroperasi sekitar pertengahan tahun hadapan.

Dalam pada itu, Micron juga dilaporkan akan menggunakan khidmat Powerchip untuk membantu dalam proses ujian dan pempakejan komponen untuk mempercepatkan dan memudahkan proses tersebut selepas komponen-komponen DRAM siap dikilangkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved